PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI (PKI): KURSUS PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH MEKANIKAL & ELEKTRIK
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Nilai telah menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri bertajuk Kursus Penyelenggaraan dan Baik Pulih Mekanikal & Elektrik selama 2 hari bertempat di Bengkel Mesin, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai.
Program Perkongsian Kepakaran Industri ini telah dirancang dengan menggunapakai modul yang dibangunkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, CIAST iaitu Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) di Institusi Latihan TVET (Awam) sebagai rujukan. Pelaksanaan program ini juga adalah sebagai persediaan bagi pelantikan Panel Penasihat Industri yang baharu bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal ) DKM di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ) JKM Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Sumbangan kepakaran dan idea dari pihak industri diharap dapat membantu JKM bagi memastikan semua mesin dan alatan berada dalam keadaan yang selamat digunakan sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Program ini dilihat dapat memberi impak kepada institusi melalui penglibatan pensyarah di mana ianya memberi pengalaman, keyakinan diri kepada pensyarah melalui kepakaran menerusi perkongsian ilmu. Ianya juga dapat memberi keyakinan diri kepada para pensyarah untuk berdepan dengan pihak komuniti/industri/agensi di dalam perkongsian ilmu tersebut.
- Details
- Hits: 473