MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN INSTITUSI (JKPPBI) POLITEKNIK NILAI BIL. 2/2023
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan Institusi (JKPPBI) Politeknik Nilai Bil. 2/2023 ini telah diadakan di Bilik Kuliah 2, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL). Mesyuarat ini diadakan bagi menyemak butiran perjawatan berdasarkan waran perjawatan yang sedang berkuat kuasa dan memutuskan keperluan latihan di institusi serta memantau prestasi latihan warga kerja.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah Politeknik Nilai, Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Timbalan Pengarah, En. Zainal bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), En. Shuharzi bin Md Salleh, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan serta pegawai perjawatan institusi.
- Details
- Hits: 480