HARI STEM ROBOTIK JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
MAKLUMAN: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan akan menganjurkan Hari STEM Robotik JKM bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2022 bertempat di Dewan Sri Putra Politeknik Nilai.
Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan sempena Hari STEM Robotik JKM. Program ini akan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah dalam Daerah Seremban untuk STEM Robotic Camp, Campus Tour, dan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bersama Panel Penasihat Industri JKM dan Alumni JKM.
Booths pameran dari setiap jabatan induk di Politeknik Nilai, Kolej Komuniti Negeri Sembilan dan juga Jabatan Penerangan Daerah Seremban disediakan sebagai platform untuk membuat hebahan peluang melanjutkan pelajaran dan menyalurkan maklumat dan panduan yang bermanfaat kepada semua tetamu yang hadir.
[LIVE] Hari STEM Robotik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Poilteknik Nilai Sesi petang 31May2022
JOM bersama saksikan secara LIVE Hari STEM Robotik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran teknikal melalui pertandingan robot di antara sekolah-sekolah daerah Seremban.
Selain menarik minat pelajar dan komuniti setempat dalam bidang teknologi, sains dan kejuruteraan, program ini juga bertujuan bagi menyokong pemerkasaan STEM dan TVET ke arah revolusi Perindustrian (IR4.0).
Boleh saksikan di Platform media sosial 👇👇👇👇👇👇👇:
Facebook: https://www.facebook.com/stories/100438958796329/UzpfSVNDOjExNDY1MTA2MDYyMDM5MDA=/?view_single=1&source=shared_permalink
Instagram: https://instagram.com/polyns_official/live/17958421510773066?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSdbAK1nG/
- Details
- Hits: 918