Pusat Instruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD) telah mengadakan Bengkel Agentic AI League 2026: Pembangunan Ejen AI menggunakan AWS Kiro untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan ejen AI autonomi serta LLM, memberi pendedahan kepada penggunaan AWS Kiro, AWS Bedrock AgentCore dan SageMaker AI Studio, membina kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti, komunikasi dan kerja berpasukan melalui cabaran yang digamifikasikan dan menggalakkan penglibatan aktif staf dan pelajar Politeknik Nilai dalam inovasi digital TVET di peringkat POLYCC. Program ini telah berlangsung di Bilik TECC, Politeknik Nilai.