Jom meriahkan JP Street Food & Farmers Market bersama warga Politeknik Nilai! Pelbagai produk menarik menanti anda — makanan & minuman, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, produk kecantikan, tudung, pakaian, perkhidmatan henna dan banyak lagi!

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Dataran Pelajar, Politeknik Nilai

✨ ISTIMEWA KALI INI!
Kita turut menerima kehadiran delegasi pensyarah dan pelajar Universitas Negeri Malang, Indonesia 🇮🇩 bersempena International Student Inbound Mobility Programme. Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dan mendapatkan produk istimewa yang dibawakan oleh mahasiswa Universitas Negeri Malang!

💚 Jom Singgah, Jom Sokong!
Mari kita bersama-sama menyokong usahawan muda PNS, produk tempatan dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

📣 Jumpa anda 17 Ogos ini di Dataran Pelajar!
Datang ramai-ramai dan meriahkan JP Street Food & Farmers Market 2026! 🌿🛍️✨