Pengumuman keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) peringkat Politeknik Nilai bagi tahun 2026 telah diumumkan oleh Dr. Siti Noridah binti Ali, Pengarah Politeknik Nilai merangkap Penaung Pilihan Raya Kampus (PRK), PNS. Pengumuman rasmi bagi keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK), Politeknik Nilai 2026 telah dibuat secara langsung di Studio Podcast Kongsi Sikit, Pusat Instruksional & Pembelajaran Digital (PIPD).
Turut hadir Ts. Harun bin Sahat, Timbalan Pengarah dan Pn. Nurul Aimi binti Ahmad Suandi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Seramai 20 orang daripada 25 orang calon yang bertanding telah terpilih menduduki kerusi kabinet Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Nilai bagi Sesi 2026/2027. Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon yang terpilih menyertai JPP bagi Sesi 2026/2027 ini.
Selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti. Terima kasih dan penghargaan turut ditujukan kepada Jawatankuasa Sekretariat PRK PNS 2026 yang telah membantu kelancaran PRK pada kali ini.