SEJARAH PENUBUHAN POLITEKNIK NILAI

PNSPoliteknik Nilai(PNS), Negeri Sembilan adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan
pertama pelajar pada Disember 2007

2011PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik,kamsis dan kediaman staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar.

KAKITANGANPNS mempunyai jumlah kakitangan seramai 212 orang yang terdiri daripada 172 orang pensyarah dan 48 orang staf sokongan. Jumlah pelajar adalah seramai 3626 orang pelajar di bawah tiga jabatan berbeza seperti senarai di bawah.


JABATAN PERDAGANGAN

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)
Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan(DLS)
Diploma Pengurusan Peruncitan(DRM)
Diploma Sistem Maklumat Perniagaan(DBS)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
Diploma Bioteknologi (DBT)
Diploma Lanskap Holtikultur (DLH)