Pengenalan

Politeknik Nilai komited melaksanakan transformasi ke arah kampus pintar dan lestari, selaras dengan agenda SDG 2030, Dasar Pembangunan Hijau Negara dan aspirasi TVET Malaysia. Polisi ini berfungsi sebagai kerangka utama untuk memastikan semua aspek operasi, akademik dan pembangunan warga berteraskan prinsip hijau & pintar.

Visi

Menjadikan Politeknik Nilai sebagai kampus TVET Smart Green unggul yang mengintegrasikan inovasi digital, teknologi hijau, dan budaya lestari.

Misi

  1. Mengarusperdanakan amalan hijau dalam pentadbiran, akademik dan infrastruktur.

  2. Melahirkan graduan kompeten dalam bidang hijau & teknologi pintar.

  3. Menjadi pusat rujukan teknologi hijau TVET.

  4. Menjalin kolaborasi strategik dengan komuniti & industri.

Objektif

  1. Mengurangkan jejak karbon kampus melalui pengurusan tenaga & sumber mapan.

  2. Mengaplikasi teknologi pintar (IoT, AI, data raya) dalam operasi kampus.

  3. Mengintegrasi kelestarian dalam kurikulum, penyelidikan & inovasi.

  4. Membangun budaya hijau melalui kesedaran & penyertaan warga kampus.

  5. Mengukuhkan reputasi Politeknik Nilai sebagai institusi TVET hijau pintar.

Carta Organisasi

Carta Fungsi

Laman Web