Objektif
ULPL bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Nilai dan memastikan semua staf dapat memenuhi bilangan hari berkursus sekurang-kurangnya 3 hari berkursus setahun atau mengikut pekeliling semasa yang berkuatkuasa selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang diberi tanggungjawab untuk merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Nilai (PNS) demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan


