Maklumat Jabatan

 Unit Khidmat Pengurusan (UKP) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bersempena dengan penubuhan Politeknik Nilai (PNS)  sebagai politeknik yang ke-23 pada 1 April 2007. Berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran, Unit Kewangan & Perolehan dan Unit Pengurusan Aset dan Stor dengan peranan dan fungsi tersendiri

Carta Organisasi

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan kepada semua warga PNS secara efektif dan efisyen.
  2. Menyediakan sistem pentadbiran dan kewangan organisasi yang berkesan bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program Jabatan.
  3. Memastikan perancangan dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan program dan aktiviti Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  4. Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk peralatan dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif Jabatan. Di samping pengawalan sepenuhnya ke atas keselamatan warga organisasi termasuk perkara-perkara terperingkat Jabatan selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam

Fungsi

     a. Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran

  1.  Merangka dan menyediakan pelan pembangunan Sumber Manusia diPNS, mengkaji permohonan penstrukturan semula organisasi/fungsi serta pemantapan skim perkhidmatan
  2. Mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM)
  3. Merancang dan mengurus hal-hal perkhidmatan, kenaikan pangkat,penempatan, pertukaran, pengisian
  4. Merancang dan mengurus setiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia. Membangunkan Keperluan Data Sumber Manusia di PNS melalui sistem HRMIS
  5. Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran am pejabat merangkumi keselamatan, dokumentasi, kebersihan, pengurusan fail dan pengurusan kemudahan.
  6. Memastikan pengurusan kenderaan jabatan disediakan dengan teratur. 

     b. Unit Kewangan

  1. Merancang, mengurus, menyediakan dan mengawal keperluan peruntukan PNS;
  2. Menguruskan terimaan mengikut prosedur yang berkuatkuasa;
  3. Menguruskan pembayaran mengikut prosedur yang berkuatkuasa;
  4. Mengurus dan memastikan urusan pembayaran gaji kakitangan;
  5. Merancang dan mengurus Mesyuarat JPKA dan JK Akaun Amanah serta
  6. Menguruskan keperluan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan.
  7. Menguruskan urusan perolehan merangkumi pembelian terus, sebutharga dan tender. 

 

Dokumen

Dokumen