Pengenalan

Unit Keusahawanan Politeknik Nilai ditubuhkan bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi PTK-IPT 2021-2025 dan Pelan Strategik JPPKK (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti) 2018-2025 berteraskan matlamat organisasi dan hala tuju strategik iaitu menghasilkan graduan yang boleh diambil bekerja untuk memenuhi kehendak negara dan menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Objektif

  1. Memastikan pelajar menjalankan perniagaan di kampus semasa tempoh pengajian.
  2. Mengenalpasti usahawan graduan Politeknik Nilai yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.
  3. Memastikan Bilangan Tenaga Pengajar Dengan Kepakaran Keusahawanan
  4. Melaksanakan kolaborasi keusahawanan dengan agensi, industri, NGO, IPT (Tempatan dan Antarabangsa)
  5. Mengenalpasti jumlah syarikat, perusahaan atau projek perniagaan yang dibiayai oleh pemodal awal, pemodal teroka, entiti pendanaan awam, geran agensi kerajaan dan hadiah pertandingan pitching berkaitan keusahawanan
  6. Mengenalpasti pelajar yang terlibat dalam program berasaskan inovasi dan teknologi
  7. Mendapatkan syarikat pemula pelajar berasaskan inovasi dan teknologi yang dipacu secara digital

 

VISI

Melahirkan graduan usahawan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan berketerampilan tinggi serta berakhlak mulia.​

MISI

Menerapkan pemikiran keusahawanan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi Politeknik Nilai Negeri Sembilan.

Carta Organisasi