Pengenalan

Pengenalan

Pusat Sumber PNS merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan para pelajar pada masa hadapan. Ditubuhkan seiring penubuhan Politeknik Nilai pada tahun 2007 dan memulakan operasi pada tahun 2008. Bangunan Pusat Sumber dua tingkat ini dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Pusat Sumber ini juga mampu menempatkan sehingga seramai 1,000 pengguna pada satu-satu masa.

Pusat Sumber PNS sentiasa berusaha untuk memantapkan mutu perkhidmatan agar sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa warga PNS terutama dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Bagi tujuan tersebut, pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti:

  • Perkhidmatan Sirkulasi
  • Perkhidmatan Rujukan
  • Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
  • Perkhidmatan Internet
  • Perkhidmatan WebOPAC

Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Sumber PNS bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan warga PNS ialah seperti:

  • Ruang Bacaan
  • Ruang Bacaan Santai
  • Ruang Pameran
  • Pusat Komputer
  • Bilik Perbincangan
  • Karel
  • Loker

Terdiri daripada pelbagai subjek dan disusun di rak terbuka dan bilik ‘Red Spot’ (Aras 1) sebagai rujukan dan peminjaman. Bahan terdiri daripada koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pusat Sumber PNS menggunakan sistem klasifikasi ‘Library of Congress Classification’ (LCC) dalam menentukan nombor panggilan bagi bahan dan ‘Library of Cataloguing Subject Heading’ (LCSH) bagi menentukan tajuk perkara. Kedua-dua  ini digunakan bagi penyusunan bahan di atas rak.

Objektif

Carta Organisasi

Carta Organisasi

 

Skop Tugas

Skop Tugas

  1. Menguruskan urusan pendokumentasian pengkatalogan dan pengkelasan bahan rujukan di Pusat Sumber mengikut standard kebangsaan.
  2. Menguruskan perolehan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bahan perpustakaan secara pembelian dan sumbangan hadiah.
  3. Mengubal dan menguruskan Prosedur Kualiti Sokongan bagi unit Pusat Sumber dan peraturan perkhidmatan perpustakaan mengikut keperluan semasa.
  4. Merancang program literasi maklumat dan pendidikan pengguna serta aktiviti galakan membaca untuk semua kakitangan serta pelajar di Politeknik Nilai.
  5. Membantu jabatan induk dalam urusan audit yang berkaitan dengan fasiliti Pusat Sumber untuk tujuan audit.
  6. Menyediakan statistik perpustakaan di peringkat kebangsaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia

Sistem & Media Sosial

Sistem Dan Media Sosial

D-Book (Japen)  E-Book (IEEE) E-Book (Emerald)  FB Page Pusat Sumber
   

 U-Pustaka Web OPAC

Web Pusat Sumber