Pengenalan

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Jabatan Hal Ehwal Pelajar merupakan unit sokongan dibawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Pegawai Psikologi yang ditempatkan di politeknik adalah pegawai gunasama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibantu juga oleh pensyarah yang dilantik sebagai penyelaras psikologi jabatan yang mewakili jabatan induk. UPPsi berperanan membantu perkembangan diri dari sudut kognitif, psikologi dan emosi warga Politeknik Nilai. Matlamat unit juga membantu kecemerlangan secara holistik dalam mencungkil potensi diri pelajar.

Apa Itu Kaunseling? Kaunseling adalah hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan situasinya, menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyarakat dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam memenuhi keperluan diri masa kini dan akan datang.

Kod Etika Kaunseling adalah menghormati privasi klien dan merahsiakan maklumat.
Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan melaksanakan kemahiran secara professional. Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

Visi

Mengaplikasikan serta mengembangkan konsep dan pendekatan psikologi untuk melahirkan masyarakat berkualiti, perihatin, berdisiplin, amanah dan berintelek

Misi

Merealisasi perkhidmatan psikologi dan kerjaya berlandaskan etika professional dalamn membentuk warga negara yang bermoral dan berhemah tinggi

Objektif

Merealisasikan perkhidmatan psikologi dan kerjaya berlandaskan etika professional dalam membentuk warga negara yang bermoral dan berhemah tinggi

Carta Organisasi

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kerjaya
  • Kaunseling Organisasi
  • Pengujian Dan Penaksiran Psikologi
  • Intervensi Krisis 

Hubungi Kami

Waktu Operasi  :8.00 pagi -5.00 petang

Tempat :Unit Pengurusan Psikologi, JHEP

Nombor Telefon  :06- 798 0441

 

Borang temujanji / rujukan sesi kaunseling : sila klik https://bit.ly/41j9uJa

(bawa bersama borang ini untuk temujanji)