Pengenalan

LATIHAN INDUSTRI bermaksud satu kursus yang dilaksanakan melalui pendekatan experiential learning dengan menempatkan pelajar di sesebuah organisasi (awam/swasta) untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar atau di dalam negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan persijilan.


LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.


LATIHAN INDUSTRI ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

 

Carta Organisasi

Skop Tugas

UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK UPLI merupakan satu unit di politeknik yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan LI. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh pegawai-pegawai serta penyelaras-penyelaras LI jabatan.


KETUA UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI


KUPLI bertanggungjawab terhadap:
1. Perlaksanaan Kursus LI Politeknik KPT bersama Jabatan Akademik
• Menyelaras pelaksanaan kurikulum.
• Kajian semula dan penambahbaikan kursus LI (aspek pengurusan).
• Melaksanakan analisis dari maklumbalas pihak industri, pelajar atau
• pensyarah berkenaan kualiti/perlaksanaan kurikulum kursus LI.
• Analisis tersebut perlu dibincangkan di dalam mesyuarat pengurusan akademik politeknik.


2. Perlaksanaan LI
• Taklimat pengenalan dan persediaan LI.
• Penempatan dan lapor diri ke industri.
• Pemantauan dan bimbingan semasa latihan.
• Menerima maklumbalas daripada pelajar atau industri dan mengambil tindakan yang berkaitan.
• Lawatan pemantauan.
• Pendaftaran pengesahan tamat LI.
• Penilaian LI.


3. Penyelarasan Penilaian LI
• Penilaian prestasi daripada organisasi latihan.
• Penilaian Jurnal Refleksi.
• Penilaian Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau.
• Penilaian Laporan Akhir Latihan Industri.
• Pembentangan.


4. Pengurusan Umum
• Mengetuai dan memantau pengkalan data LI.
• Menyediakan cadangan bajet perolehan unit dan bajet lawatan penyeliaan LI.
• Menyediakan statistik status penempatan pelajar yang akan menjalani LI dari masa ke semasa.
• Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan pengurusan LI berdasarkan keperluan.
• Merancang dan mengurus taklimat LI.
• Merancang dan menyelaraskan aktiviti penyeliaan pelajar LI.


5. Taklimat kepada Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau
• Menyampaikan taklimat kepada pensyarah mentor sebelum proses pemantauan dibuat bagi menerangkan tanggungjawab dari aspek:
i. Pemantauan dan melihat perkembangan pelajar.
ii. Penilaian terhadap prestasi pelajar dan pemarkahannya.
iii. Kebajikan pelajar.
iv. Kolaborasi bersama industri.
v. Lain-lain isu.


6. Menyelaras taklimat oleh pihak industri
• Menerangkan tentang prosedur perjawatan sebagai pelatih latihan industri di industri berkaitan.
• Sesi induksi oleh pensyarah industri di politeknik sebelum pelajar menjalani LI di industri adalah sebagai persiapan untuk mendapatkan pengalaman LI dan membincangkan penilaian oleh industri dikendalikan.
• Mempertemukan pihak industri dengan para pelajar bagi menerangkan harapan (expectation) industri terhadap pelajar LI.
• Menerangkan berkaitan keperluan “Human Resource”.
• Memupuk minat pelajar terhadap bidang yang diceburi semasa LI dengan menjelaskan prospek kerjaya.
• Berinteraksi serta bertukar pandangan dengan institusi dan pelajar bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang erat.
• Menasihatkan pelajar untuk mendapatkan tempat LI yang bersesuaian
• Mendapatkan gambaran sebenar suasana dan kondisi kerja dalam bidang tertentu.


PEGAWAI PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (LATIHAN)
PPLI (LATIHAN) bertanggungjawab:


• Mendaftar pelajar yang akan menjalani LI.
• Mengadakan Taklimat Latihan Industri kepada pelajar yang akan menjalani LI.
• Memantau dan mengurus permohonan tempat LI.
• Mengurus pengkalan data LI pelajar.
• Memantau dan mengurus pendaftaran tamat LI.
• Mengurus penilaian LI pelajar.
• Menyedia laporan untuk Kajian Semula Pengurusan dengan menggunakan rekod analisis pencapaian objektif LI.


PEGAWAI PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI (PERHUBUNGAN)
PPLI (PERHUBUNGAN) bertanggungjawab:


• Merancang, melaksana dan mendapat input melalui kolaborasi LI.
• Merancang aktiviti penyeliaan LI.
• Menyelaras aktiviti penyeliaan pelajar yang sedang menjalani LI.
• Mengurus dan memantau pelaksanaan lawatan penyeliaan LI.
• Memberi bimbingan dan memantau disiplin pelajar semasa latihan.
• Menyiasat dan mengambil tindakan penambahbaikan/tindakan ke atas pelajar yang bermasalah.
• Mengurus rekod laporan lawatan penyeliaan daripada pensyarah penyelia.


PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI JABATAN
PLIJ bertanggungjawab


• Melaksanakan aktiviti Latihan Industri mengikut perancangan takwim.
• Mengemaskini data dalam pengkalan data LI.
• Menyedia dan mengemaskini maklumat pelajar.
• Menyedia dokumen pelajar yang akan menjalani LI.
• Mengurus pendaftaran Kursus Latihan Industri.
• Membantu mengurus taklimat LI.
• Mengurus penyeliaan pelajar LI.
• Melaporkan masalah dan aduan pelajar kepada KUPLI.
• Merancang & mengurus perkara-perkara berkaitan aktiviti lawatan penyeliaan.
• Menerima dan mengesahkan penerimaan dokumen penilaian LI dari pelajar selepas tamat LI.
• Memasukkan markah penilaian LI ke dalam pengkalan data dan mencetak markah penilaian.
• Menyerahkan senarai pelajar yang belum mendaftar tamat LI kepada KUPLI
• Memproses penilaian kursus LI.


PEMBANTU TADBIR
Pembantu Tadbir bertanggungjawab:


• Menyediakan surat/memo berkaitan pengurusan LI.
• Menerima surat/memo yang dihantar ke UPLI.
• Mengemaskini fail-fail pentadbiran LI.
• Menyelia fail-fail pelajar.
• Menerima surat-surat pelajar/firma berkaitan LI.
• Fotostat dokumen-dokumen LI.
• Mengurus surat-surat berkaitan LI.
• Menerima aduan-aduan dari pelajar/organisasi latihan.
• Memaklumkan maklumat-maklumat kepada PLIJ.
• Mengurus pembelian dan ambilan dari stor.
• Mengurus keceriaan UPLI.
• Membantu PPLI dan PLIJ dalam melicinkan pengurusan LI.
• Menjalankan tugas yang diarah dari masa ke semasa.


PENSYARAH MENTOR/PENSYARAH PEMANTAU
Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau bertanggungjawab


• Membekalkan input akademik yang berkaitan dengan penilaian dan bersedia menjadi perantara sekiranya timbul sebarang masalah di pihak pelajar.
• Melaksanakan pemantauan terhadap pelajar di industri bagi melihat perkembangan pelajar kearah pencapaian hasil pembelajaran.2.
• Memastikan pensyarah mentor akur dengan peraturan dan keperluan undangundang industri sebelum pemantauan dilaksanakan.
• Menilai prestasi dan kesungguhan pelajar menjalani LI.
• Memastikan pelajar diberikan tugasan yang sesuai oleh industri.
• Memastikan/menasihati penyelia industri melaksanakan penilain terhadap pelajar.
• Membincangkan permasalahan bersama pelajar dan penyelia industri (jika ada) dan mencadangkan pendekatan-pendekatan tertentu bagi mengatasinya.
• Meningkatkan hubungan baik dan perkongsian pintar antara politeknik dan organisasi.
• Menangani permasalahan pelajar semasa LI, seperti kesihatan, disiplin dan sebagainya.
• Peka dengan keperluan akademik pelajar.
• Jaringan Komunikasi: Pensyarah Mentor/Pensyarah Pemantau akan menyediakan jaringan komunikasi antara pelajar dan penyelia industri seperti berikut:
i. Sesi taklimat untuk persiapan pelajar bagi membantu pelajar mendapatkan peluang pembelajaran.
ii. Berkomunikasi antara penyelia industri dan pelajar semasa tempoh LI.
iii. Membimbing pelajar menyediakan tugasan untuk dinilai (Laporan Akhir Latihan Industri, Jurnal Refleksi dan slaid pembentangan bagi proses penilaian pembentangan).


PENSYARAH PENILAI
Pensyarah Penilai bertanggungjawab membuat penilaian terhadap pembentangan dan Laporan Akhir Latihan Industri pelajar dengan menggunakan format penilaian yang telah ditetapkan.