Pengenalan
Unit Peperiksaan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (UPEP PNS) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan pensijilan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh seorang Pegawai Peperiksaan serta Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan akademik.
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:
- Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester
- Menyelaraskan aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK)
- Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan
- Pengurusan bank soalan
- Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan PNS
- Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan
- Penyediaan data dan rekod pensijilan
- Penyediaan transkrip pelajar
- Penyediaan Sijil/Diploma
- Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen
Objektif
Unit Peperiksaan adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan proses pengurusan peperiksaan, penilaian dan pengurusan pensijilan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(BPN, JPPKK) merujuk kepada dokumen/panduan berikut :
1. Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi
2. Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti, Edisi Pertama, 2025
3. Garis Panduan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan penilaian, peperiksaan akhir dan pensijilan.
Capaian Perkhidmatan
Akses ke Capaian Perkhidmatan Panduan Urusan Peperiksaan di Politeknik Nilai
Pautan Maklum Balas Penggunaan SPoC EXAM: |