Pengenalan

Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bersempena dengan penubuhan Politeknik Nilai (PNS) sebagai politeknik yang ke-23 pada 1 April 2007. Pada tahun 2025, UPP telah dijenama semula kepada Unit Pembangunan dan Senggaraan (UPS). Unit ini bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan pembangunan dan penyenggaraan aset tidak alih, selain menyediakan khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan di Politeknik Nilai agar segala operasi berjalan dengan baik dan lancar.

Prosedur Kerja UPS

Segala aduan yang diterima dan pengurusan penyelenggaraan oleh UPP akan diselesaikan berdasarkan prosedur kerja yang telah didaftarkan iaitu PNS-PS-03 PENGURUSAN_PENYELENGGARAAN. Prosedur ini perlu dipatuhi sebagai garis panduan penyelenggaraan kepada kakitangan UPS dan juga kepada pengguna. Melalui prosedur ini juga dapat memastikan aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan mengikut prosedur yang tepat.

Pelan Tindakan UPS

UPS beroperasi di bawah Pelan Tindakan PNS Teras 2: Memantapkan Governan yang Responsif & Mampan di bawah Objektif Strategi 1, Inisiatif 2: Menyediakan Infrastruktur Berciri 4IR dan Inisiatif 7: Menyediakan Fasiliti Terkini termasuk Prasarana dan Kelengkapan yang Relevan. Teras strategik kedua ini memberi tumpuan kepada memupuk kesedaran dan pengetahuan terhadap 4IR untuk mengupayakan institusi sebagai game changer ke arah meningkatkan jenama dan reputasi bagi penghasilan graduan TVET yang berkualiti.

 

Objektif

Objektif utama penubuhan unit adalah:

  1. Merancang, mengurus dan memantau projek pembangunan dan naiktaraf Politeknik Nilai.
  2. Mengurus, melaksana dan memantau kerja penyenggaraan dan pembaikan Aset Tidak Alih Kerajaan.
  3. Merancang, melaksana dan memantau penyenggaraan berkala Aset Tidak Alih Kerajaan
  4. Merancang, mengurus memantau dan melaksana pembaikan kerosakan dan penyenggaraan berkala Aset Alih Kerajaan yang berhubung kait isu keselamatan.
  5. Mengurus, merancang serta melaksanakan segala persiapan tempat, peralatan dan fasiliti bagi kegunaan majlis rasmi
  6. Mengurus, memeriksa urusan keluar masuk kakitangan pegawai masuk/keluar Kuarters Kerajaan
  7. Merancang, memantau dan mengurus kontrak pembersihan bangunan

Objektif Kualiti PNS

UPS bertindak di bawah Objektif Kualiti PNS yang ke-4 iaitu 100% aduan akan diambil tindakan. Segala aduan yang diterima akan diproses, dinilai, diteliti dan diambil tindakan bersesuaian dengan kehendak aduan. Aduan yang diterima oleh UPS adalah melalui penggunaan Sistem Aduan Kerosakan & Infrastruktur (e-Aduan), memo atau surat berkaitan dan minit mesyuarat.

Objektif Prosedur Kualiti PNS

Objektif prosedur kualiti UPS adalah berdasarkan kepada Prosedur Pengurusan Penyelenggaraan iaitu:-

  1. Perancangan senggaraan aset dibuat pada setiap suku keempat tahun sebelumnya
  2. Aktiviti senggara mencapai 90% siap pada setiap akhir tahun semasa
  3. 100% aduan akan diambil maklumbalas/tindakan

Carta Organisasi

 

 

Carta Fungsi