Objektif utama penubuhan unit adalah :
1. Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer dan perkakasan serta aplikasi di PNS.
2. Merancang, mengurus, menyelenggara server dan sistem rangkaian di PNS.
3. Merancang dan mengurus perolehan ICT di PNS.
4. Menerima dan memproses semua aduan kerosakan ICT mengikut SOP yang telah ditetapkan.
5. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi di PNS.
6. Memberikan bantuan teknikal kepada staf dan pelajar PNS.
7. Bertindak sebagai medium untuk sebarang pelaksanaan ICT di PNS.
Rangkaian Internet Berwayar (Local Area Network)
Kampus Politeknik Nilai telah dihubungkan dengan Sistem Rangkaian Kampus yang telah dibina pada tahun 2012. Sistem Rangkaian Kampus ini meliputi keseluruhan kampus PNS. Setiap Blok di dalam PNS terutama di Blok Kuliah dan Blok jabatan akademik telah dihubungkan dengan Sistem Rangkaian Kampus menggunakan kabel fiber. Jumlah kelajuan talian internet yang dibekalkan oleh MYREN adalah sebanyak 200Mbps.
Keselamatan Akses Internet
PNS menggunakan firewall untuk mengawal setiap akses internet daripada atau ke talian luar. Ini bertujuan bagi memastikan hanya akses yang diyakini sahaja dapat dilaksanakan di samping dapat mengawal maklumat yang diperolehi oleh pelajar dan staff.
Kemudahan Wireless Internet
1. Prasarana WIFI
• Kawasan liputan Wifi merangkumi keseluruhan blok terutama hostel dan kawasan-kawasan terbuka seperti kafetaria.
• Peralatan Wifi ini dipasang dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang di kawal oleh Access Controller.
• Setiap blok asrama dipasang sebanyak 8 unit AP wifi(indoor) dan 1 unit AP wifi(outdoor).
2.2.2 Pendaftaran Pelajar untuk mendapatkan akaun Wifi
• Setiap pelajar baru perlu mendaftar terlebih dahulu setiap kali bermula sesi semester yang baru.
• Pendaftaran dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Permohonan Wifi PNS.
2.2.3 Tindakan Naiktaraf WIFI Asrama
• Bermula 13 Julai hingga 17 Julai 2020, UTM telah melaksanakan satu tindakan proaktif dengan menaiktaraf akses WIFI di Blok Asrama.
• Asrama yang terlibat adalah Asrama Perempuan Cengal- P1, Asrama Perempuan Meranti-P2 dan Asrama Lelaki Jati-P3.
• Aktiviti naiktaraf ini melibatkan pertambahan extender di setiap aras bertujuan untuk membolehkan pelajar mendapat akses WIFI dalam jarak yang lebih jauh.
Kemudahan Komputer Pentadbiran, Pensyarah dan Pelajar
• Politeknik Nilai ini telah dilengkapi dengan kemudahan komputer untuk kegunaan pentadbiran dan juga aktiviti pembelajaran.
• Kemudahan ini disediakan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 28 September 2012 melalui projek pembangunan RMK10 di bawah tajuk Perolehan Bagi Tender Membekal, Menghantar, Memasang dan Mengujilari Peralatan ICT ke Politeknik Nilai Kementerian Pengajian Tinggi.
• Pengagihan peralatan ICT adalah berdasarkan nisbah 1:1. PNS juga telah dilengkapi dengan 15 buah makmal komputer untuk membantu pembelajaran.
Sistem dan Aplikasi untuk menyokong aktiviti Pentadbiran dan Pembelajaran.
Sistem / aplikasi yang terdapat di PNS bagi menyokong pentadbiran & P&P ialah:-
1. Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik(SPMP) - Menyimpan segala maklumat berkaitan dengan pelajar bermula pada pendaftaran pengajian sehingga tamat pengajian
2. CIDOS – Curriculum Information Document Online Sistem Pengurusan dokumen automatik sepenuhnya yang menguruskan proses memuat naik dan berkongsi maklumat digital / kandungan digital ke dalam satu pangkalan data
3. Sistem Pengurusan Perpustakaan Digital ILMU - Satu sistem pengurusan perpustakaan digital yang komprehensif dan modular
4. Sistem Edaran Surat Online - Urusan penghantaran dan penerimaan surat di PNS
5. Sistem Email - Urusan berkomunikasi dalam waktu singkat.
6. Sistem HRMIS & Esis - Pengurusan Sumber Manusia
7. Sistem 1gfmas - Urusan Kewangan
8. Sistem eperolehan & GPKI - Urusan Perolehan
9. Sistem Pemantauan Pengurusan Aset - Urusan Pengurusan Aset
10. Sistem Aduan Kerosakan Online - Urusan Aduan Kerosakan peralatan ICT
11. Sistem Aduan Maklumbalas - Urusan aduan/maklumbalas pelanggan
12. Sistem Permohonan Wifi - Urusan Permohonan wifi oleh pelajar