Pengenalan

 Jabatan Hal Ehwal Pelajar, JHEP memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

JHEP terdiri daripada beberapa unit yang mengurus tadbir Pengambilan dan Data, Kebajikan dan Disiplin, Pengurusan Psikologi, Pengurusan Asrama dan Warden, dan   Alumni.

JHEP berfungsi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengambilan dan pembangunan pelajar yang seimbang dan holistik demi kelangsungan Pendidikan TVET di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

Carta Organisasi

Objektif

JHEP komited untuk mencapai matlamat PENGAMBILAN dan PEMBANGUNAN PELAJAR yang holistik dan memastikan KESEJAHTERAAN PELAJAR sentiasa terpelihara selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).

  1. Pengurusan pengambilan, pendaftaran dan data pelajar selaras dengan norma ambilan pelajar pada setiap sesi pengajian.
  2. Menguruskan kebajikan dan disiplin pelajar melalui Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, Penguatkuasaan Akta 174 (Disiplin Pelajar), Perlindungan Takaful, Pengurusan Biasiswa, Bantuan Kewangan atau Pinjaman Pendidikan
  3. Pengurusan psikologi yang berperanan membantu perkembangan diri pelajar dari sudut kognitif, psikologi dan emosi.
  4. Pengurusan Asrama bagi mewujudkan suasana kolej kediaman yang selamat, tenteram sebagai tempat tinggal yang kondusif dan tempat belajar yang harmoni.
  5. Pengurusan Alumni melalui keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan dan manfaat dalam memperkayakan potensi alumni kepada Politeknik dalam cara dan skala yang pelbagai

Waktu Urusan

 Waktu Urusan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Isnin - Khamis            -         8.30 pagi – 4.30 petang(Rehat: 1.00 - 2.00 pm)

Jumaat                       -         8.30 pagi – 3.00 petang(Rehat: 12.15 - 2.45 pm)

Tatacara Pengurusan Pelajar Sakit & Insiden Kemalangan

  1. Pengurusan pelajar sakit adalah seperti berikut:

            a) Waktu Pejabat (Pergerakan ke Klinik)

                Pagi: 9.30 pagi

                Petang: 2.30 petang

           b) Luar Waktu Pejabat (Pergerakan ke Klinik)

               Bermula jam 9.00 malam

  1. Pelajar membuat laporan dengan mengisi Borang Rawatan Pelajar dengan ‘Scan’ QR Code yang ada ditampal di setiap pintu bilik penginapan dan juga papan kenyataan KAMSIS dan JHEP.
  2. Pelajar perlu memaklumkan kepada Ibubapa atau Penjaga/Penasihat Akademik/Penyelaras Kebajikan Jabatan (Waktu Pejabat) dan Ibubapa atau Penjaga/Warden (Luar Waktu Pejabat) status kesihatan semasa.
  3. Warden/Penasihat Akademik/Penyelaras Kebajikan Jabatan perlu mengambil maklum perkembangan terkini pelajar yang sakit.
  4. JHEP akan mengeluarkan surat pengesahan pelajar bagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan dan untuk tujuan kebenaran keluar wad jika mendapat rawatan di Hospital.
  5. Pergerakan pelajar menerima rawatan adalah menggunakan kemudahan perkhidmatan kenderaan rasmi Politeknik Nilai.
  6. Pelajar akan menggunakan Mawar Care di JHEP sebagai bilik rehat dan ruang menunggu.
  7. Pengurusan kes pelajar sakit di luar waktu pejabat adalah di bawah tanggungjawab Warden yang bertugas.
  8. Kos rawatan di Klinik Swasta adalah dibawah tanggungan pelajar sendiri.
  9. Bagi tujuan pemeriksaan tahap sakit pelajar, Warden Perempuan untuk pelajar perempuan dan Warden lelaki untuk pelajar lelaki kecuali darurat.
  10. Carta Alir Pengurusan Pelajar Sakit dan Carta Alir Pengurusan Insiden Pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B

 

Waktu Pelajar Ke Klinik

Isnin - Khamis

Sesi pagi : 9.00 am

Sesi petang : 2.30 pm

Jumaat

Sesi pagi : 9.00 am

Sesi petang :  3.00 pm

*Pelajar perlu hadir ke pejabat JHEP sejam awal untuk mendapatkan surat pengesahan pelajar

Tajaan dan Biasiswa

 

PINJAMAN PELAJARAN OLEH PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 

  1. Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN, perkhidmatan permohonan pinjaman akan dilaksanakan sepenuhnya di aplikasi web myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my) bermula 10 Januari 2024.
  2. Sila ikuti panduan dan langkah-langkah yang perlu dibuat seperti dokumen dan video yang dilampirkan. 

a) 4 Langkah Pendaftaran myPTPTN.pdf

b) 9 Langkah Proses Permohonan Pinjaman Baru.pdf

c) Panduan Permohonan dan Terima Tawaran Pinjaman ...

d) Pendaftaran Akaun myPTPTN-(1080p).mp4

e) Proses eKYC-(1080p).mp4
 

TAWARAN BIASISWA YAYASAN KUOK BERHAD

  1. Bagi pelajar yang ingin dan layak memohon biasiswa oleh Yayasan Kuok Berhad, sila ikuti panduan dan langkah-langkah yang dilampirkan. 

a) Pengumuman Biasiswa untuk Diploma 2024.pdf

b) Announcement of Diploma Awards 2024.pdf

 

BANTUAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2024 

  1. Bagi pelajar yang ingin dan layak memohon bantuan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan tahun 2024, sila layari pautan yang telah disenaraikan dalam surat yang dilampirkan

a) Hebahan Permohonan Bantuan Di Bawah Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024

 

BANTUAN AM PELAJARAN - INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (FISABILILLAH) 2024

  1. Bagi pelajar yang ingin dan layak memohon bantuan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tahun 2024, sila layari pautan yang telah dilampirkan.

🔴 Tempoh Permohonan: Dibuka sehingga 31 Disember 2024
🔘 Muat Turun Manual Pengguna: https://bit.ly/48qypOZ
🔘 Pautan Permohonan: www.mains.gov.my/agihan
🔘 Pertanyaan/Maklumat Lanjut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.