Pengenalan

Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Dipandu oleh En. Jamalizamani bin Jamaludin sebagai Ketua Jabatan bersama 18 kakitangan lain. Terbahagi kepada dua unit iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Kursus yang terlibat bagi Unit Pendidikan Islam adalah Pengajian Islam, Penghayatan Etika dan Peradaban, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Bahasa Arab 1 dan Kursus Integriti dan Anti Rasuah. Manakala bagi Unit Bahasa Inggeris adalah Communicative English 1, Communicative English 2 dan Communicative English 3.

Carta Organisasi

 

Objektif

  1. Melahirkan graduan yang berkualiti bagi meningkatkan kebolehpasaran.
  2. Membentuk graduan yang berketrampilan darisudut emosi, rohani, intelektual dan berakhlak mulia.
  3. Berkebolehan berbahasa dengan baik agar mampuberkomunikasi diperingkat negara dan antarabangsa.

 

VISI
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilaiberazam melaksanakan tugas dengancemerlang bagi merealisasikantransformasi politeknik dan meningkatkankualiti pendidikan tinggi negara.


MISI
Warga JPA, Politeknik Nilai komited kearahmenghasilkan graduan yang berkualiti,berketerampilan, bersahsiah luhur dankompeten berbahasa di peringkat global.