Pengenalan

 Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) merupakan jabatan sokongan akademik yang terdapat di Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS). Diketuai oleh Encik Paramananthan a/l Balakrishnan sebagai ketua jabatan, dan dibantu oleh empat ketua unit iaitu En Is Aizat Bin Samsuri  (ketua unit sukan), Puan Azura Binti Md Zahri (ketua unit koko), Puan Erna Ruhaily Binti Rusli (ketua unit kebudayaan) dan Encik Syafiq Bin Mohamed (ketua unit pengurusan fasiliti dan aset). Pejabat operasi JSKK terletak di pusat sukan dan dikendalikan secara tetap oleh beberapa orang pensyarah dan pegawai. Secara amnya, JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus. Melaksana dan menyelaras aktiviti sukan, kokurikulum, kebudayaan dan kemudahan sukan kepada pelajar di politeknik nilai.

Aktiviti yang dianjurkan oleh JSKK meliputi segala kegiatan di dalam dan di luar bilik kuliah seperti sukan, kebudayaan, badan uniform, kelab dan persatuan. Aktiviti-aktivitinya mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu proses pembentukan diri bagi menjadikan mereka warganegara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat falsafah pendidikan negara. Segala aktiviti yang dirancang bertujuan memastikan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran selain menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di politeknik.

 

 

 

 

Objektif

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan penilaian berterusan bagi kokurikulum berkredit serta memastikan kehadiran pelajar melebihi 80% dan 90% pelajar lulus kokurikulum berkredit.
  • Memastikan penyertaan seramai 5 orang pelajar yang mewakili Politeknik Nilai dalam sukan, kokurikulum atau kebudayaan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa (Teras 1, KPI4)
  • Melaksanakan 1 program sukan, kokurikulum dan kebudayaan di peringkat institusi/jabatan/negeri/zon/kebangsaan (Teras 1, KPI5)
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan fasiliti dan peralatan sukan, kokurikulum dan kebudayaan.

 

 

Carta Organisasi

 

Carta Fungsi

Kemudahan

KEMUDAHAN LUAR

 

GELANGGANG FUTSAL DAN TENIS

PADANG RUGBI DAN BOLA SEPAK

 

GELANGGANG BOLA TAMPAR

GELANGGANG BOLA KERANJANG

 

GELANGGANG BOLA JARING

 

 GELANGGANG SEPAK TAKRAW

 

GELANGGANG PENTANQUE

 

PADANG BOLA SEPAK DAN HOKI

 

 

KEMUDAHAN DI BAHAGIAN DALAM PUSAT SUKAN

GELANGGANG SQUASH

 

TEMPAT LATIHAN SUKAN TEMPUR

 

GYMNASIUM

  

  

STOR PERALATAN SUKAN