Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah mengadakan Program Mechanical Teaming With Passion yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi JKM dengan kerjasama Alumni dan Kebajikan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Program ini telah dijalankan di Dream Bowl, Nilai dan disertai oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), panel penasihat industri (IAP) dan alumni bagi program DKM dan DEM. Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan pensyarah di samping menggalakkan kerjasama yang erat di antara pensyarah dengan pihak luar iaitu panel penasihat industri JKM (IAP) dan bekas pelajar JKM (Alumni) serta memupuk semangat berpasukan dalam setiap ahli kumpulan. Program dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh wakil alumni dan seterusnya program sukan bowling ini dirasmikan oleh Ketua Program DKM, Puan Nurzarina Binti Mohd Zin. Ucapan penutup dan Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Dr. Faraziah Binti Hassan dan seterusnya program berakhir dengan sesi jamuan serta bual santai bersama IAP & Alumni bertempat di Al Jamal Restaurant, Nilai.
 
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penasihat industri yang terlibat iaitu En. Mohamad Sabri Bin Othman (USS Engineering & Trading) En. Melvin Lim Chun Hean (Gentle Automatic Solution Sdn. Bhd.) dan juga kepada alumni yang memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga dengan berakhirnya program ini Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) terus melakar kejayaan dan kekuatan dalam kerja berpasukan.