Katanama dan katalaluan capaian wifi Politeknik Nilai sesi Jun 2020,Disember 2020,2 : 2021/2022 dan 1:2022/2023 boleh mula disemak mulai 22 Ogos 2022 secara atas talian dengan menggunakan Sistem eWifi Kampus,untuk pengetahuan saudara/ri sistem ini adalah sistem dalaman Politeknik Nilai yang mana boleh dicapai hanya dari rangkaian kampus Politeknik Nilai(Makmal Komputer Jabatan atau mana-mana komputer yang disediakan bagi kegunaan pelajar). Bermula semester Jun 2020,Unit Teknologi Maklumat(UTM) mengambil inisiatif baharu yang mana membuat pendaftaran secara pukal tanpa perlu permohonan daripada pelajar. Kaedah pendaftaran ini diambil kira data lapordiri diri pelajar dari Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar(SPMP) setakat 19 ogos 2022

Bagi pelajar pelajar senior yang belum di daftarkan,pelajar yang berpindah politeknik atau baru melapor diri di Politeknik Nilai selepas tarikh ini,perlulah menghubungi UTM secara emel terus ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. beserta maklumat berikut(Nama Penuh,No Kad Pengenalan,No Matrik dan Masalah) untuk membuat permohonan pendaftaran.Manakala bagi pelajar senior yang sedia berdaftar boleh terus menggunakan katanama dan katalaluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Pelajar-pelajar diwajibkan mematuhi etika penggunaan capaian wifi kampus bagi mengelakkan akaun disekat atau dipadam. Sebarang masalah dan pertanyaan,sila email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sistem eWifi Kampus - http://pnssvrappint/sis_wifi/