14 JULAI 2022 | Politeknik Nilai telah menerima set tong kitar semula daripada pihak SWCorp Negeri Sembilan. Tong ini telah diletakkan di bahagian bawah bangunan pentadbiran sebagai salah satu usaha menyahut Kempen Pengurusan Sisa Pepejal secara berhemah, pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca dan pengamalan konsep 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) di pejabat. Perbincangan ringkas turut diadakan di antara pihak SWCorp Negeri Sembilan dan Unit Teknologi Hijau (UTH) Politeknik Nilai berkaitan usahasama bagi program-program berkaitan 3R di masa hadapan.

 

 

 

set tong kitar semula daripada pihak SWCorp Negeri Sembilan