Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai telah mula membuka permohonan pencalonan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baharu bagi Sesi 2026/2027. Oleh yang demikian, dilampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan tersebut:
a. Notis hebahan Pilihanraya Kampus 2026 / 2027
b. Syarat-syarat Calon Pilihanraya Kampus
c. Maklumat Bilangan Kerusi yang dipertandingkan
d. Borang Penamaan Calon Pilihanraya
e. Borang Penarikan Diri Pencalonan
Justeru, Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai memohon agar makluman ini dipanjangkan ke semua pelajar-pelajar PNS yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Ts. Muhammad Hamizan Bin Ab Hamid (Pengurus Pilihanraya Kampus PNS) di talian 013-228 2280, atau, hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PNS.